Webinar Flourisher – Pembedahan Kanser Payudara Apa Yang Wanita Selalu Salah Faham
16 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2025, telah berlangsung Webinar Flourisher yang bertajuk Pembedahan Kanser Payudara Apa Yang Wanita Selalu Salah Faham. Melalui webinar ini, peserta dapat mengetahui dan faham jenis-jenis pembedahan untuk kanser payudara, tahu apa yang betul dan apa yang mitos tentang rawatan dan bagaimana untuk membuat keputusan dengan tenang dan yakin. Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Mohd Syakir Bin Mohd Azahar, pakar bedah di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: